errmmmmmm.....SOYA...apa itu soya???JoM baca kat bawah nie...
Kacang soya juga dikenali
sebagai Glycine max merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di
dunia.Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula
menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat Cina.Kacang
soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara
tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif
membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan
kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang
memudaratkan. Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan
protein soya adalah seperti berikut:-
I.Mengurangkan
risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol
dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat
“statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.
II.Isoflavin
soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta
mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu
mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium
dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.
III.Lesitin
soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan
dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi
ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah
pigmentasi kulit.
IV.Kandungan
asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium
sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk
mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.
V.Gula kompleks dan “oligosaccaride”
dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan
utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah daripada barah kolon.
Walaupun
kacang soya memiliki pelbagai ciri yang merangsang kesihatan badan
optimum, anda mesti berhati-hati semasa membuat pilihan jenama di
pasaran.
#HEALTH IS WEALTH
#CERGAS.SIHAT.CERIA
Sabtu, 20 Julai 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 comments:
Catat Ulasan